Pengumuman

Blog ini sedang dalam pembinaan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019 2777866 / 019 2434866 - En. Azmar Abd. Aziz

22 may '11

Sistem Pemeliharaan

Sistem fidlot dipraktikkan di kandang ternakan kambing serta lembu, dimana, haiwan ternakan sentiasa berada di dalam kandang dengan mendapat makanan bermutu dan air bersih secukupnya. Makanan ternakan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberi pada kadar berat kering 3 - 5 % dari berat badan ternakan setiap hari. Rumput diberi pada waktu pagi manakala dedak pada sebelah petang.

Dengan cara ini ternakan contohnya, anak lembu jantan muda pada berat asal antara 150-200 kg akan digemukkan kepada berat akhir antara 350-400 kg dalam masa kira-kira 6 bulan (Insyaallah). Makanan bermutu yang halal digunakan berupa rumusan tunggal seperti PKC atau campuran dedak PKC dengan bahan-bahan makanan lain seperti rumput dan sisa-sisa pertanian yang lain.

Kelebihan Sistem Fidlot:

  • Ternakan terhindar dari penyakit
  • Kenaikan berat badan dapat dipantau
  • Pengurusan lebih mudah
  • Kadar kematian rendah